August 23, 2011

Malam 7 Likur



Betul ke malam ni kena start pasang pelita kasi meriah..?
7 Likur..Apa yg setahu gua malam 7 terakhir bulan Ramadhan & Syawal yg bakal menjelma kene pasang pelita la bro baru cun..kasi meriah sikit suasana malam. Paling afdal rumah korang sebijik2, so bley la buat sekililing umah. But make sure tak dekat dgn area umah kang ada yg tggl sehelai sepinggang pulak umah terbako.
****
Setau gua kegunaan pelita selain dari nmpak bercahaya & sempol dari umah jiran seblah hehe, ia jugak kemudahan budak2 utk abiskan stok2 mercun sebelum masuk angin. Msa zman gua budak2 paling top mercun ni la..
Mercun padi..hrga xingat dh tapi murah ler dlu. Bunyi okla..tapi yg most important bole main bnyk kali, sbb we can seperate each mercun into piece by piece..so kira puas ati la bli mercun ni...lambat abis bro. Pernah la sekali meletup kat jari pasal dh bako x sempat baling tau2 meletup kat tangan. Berdesing la telinga jap.
****
Ha..yg pulak Mercun Katak...apasal namanya katak..senang jer..pasal bila bako dia meletup mcm katak melompat, satu tmpt ke satu tmpt..but tak sure still ada lg tak org jual mercun old skool nihh..tapi tgk kat kotak dia packaging nmpak mcm kotak nyamuk la...gua dlu xpenah pulak nmpk kotak dia pasal beli loose.
Paling Sempol utk malam raya ni ler.. Thunder Clap.
Cara-cara bermain tgk abg seblah kanan atas tu. Itu teknik buh dlm botol namanya..mula2 kena cari botol, bakar & lariii..aksi abg tu pun tgh berlari tu..penakut jugak org tua ni..keh keh.
Lagi satu style pacak kat atas tanah then bako..make sure x pacak dlam kang tak terbang pulak mercun tuh..
*****
Next kita ada Mercun Das..xtau nama btol..tapi mmg sume org panggil mercun das..Cara bermain seperti di bawah k..so observe ler
Ada lg senarai mercun atau bungaapi yg tak merbahaya boleh di main oleh kanak2 tanpa perhatian org dewasa seperti mercun pop2, mercun tarik, mercun ular & bunga api.
Kalo nak raya xde mercun @ bunga api mmg x meriah..bak kata tak lengkap la raya bro...
****
Apa yg bole disimpulkan..Pasang pelita keliling umah, main mercun boleh..tapi hati2 k..&
yag most important...malam Lailatul Qada la..
Rajin2 buat Tarawikh k..mana tau dpt kat kita..syukurr alhmdllh..
Bye 4 now. Take Care Bro.

August 18, 2011

Lama dh rasanya bertapa


Salam Ramadhan
****
Lagi 2 hari genap setahun genap gua tak update blog. Tah apa yg buatkan gua lazy sesangat nak menaip walhal sometime ada je cite yg nak share, lama x blogging rasa mcm janggal semcm bro..
Org ada kata if kita tinggalkan biasa kita dh biasa buat lama2 jadi habit..tu yg dtg malas tu..
****
Well..today dh masuk hari ke 18 umat Islam sume mengerjakan ibadah posa..amcm still ok ke?
Tak de ponteng2 lg eh..Zakat Fitrah amacm dh bayo ke?
For Klang Valley rege for this year RM7, So..cepat2 pg bayar k jgn smpai last minute dekat nak raya baru la terhegoh2 nak bayar..kesian kt tok Imam @ Amil Zakat tuu.
Renung2kan & Slamat Beramal
Al-Fatihah utk Abah 13hb Aug lepas dh setahun kembali ke Rahmatullah..Smoga ditptkan di kalangan org yg beriman~Amiin

August 20, 2010

PERGI TAK KEMBALI...



Tup tap Tup Tap ari ni genap dh 10 Ramadhan, semiggu dh Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga..pergi buat selama-lamanya..

Masih segar ingatan aku di hari yg sama mggu lpas jenazah arwah kelihatan tenang, seolah2 tersenyum..mungkin kerana dia menghembuskan nafas terakhirnya ni bulan yg berkat lagi suci ini..or mungkin org yg tersayang berada disisi dia seblum dia pergi..atau juga dia tahu akan perngorbanan seorg Ibu & anak2 yg menjaganya sewaktu dia sakit.

Walaupun dia dh tiada...memori dgn abah tetap terlintas di setiap sudutpikiran aku..mana taknya masa abah hampir nazak ptg sebelum menutup mata dia ada call ckp yg nafas dia tersekat2 & smpat menyebut nama aku 2, 3 kali..itu yg xbole lupa tu.Susah senang suka duka marah gembira..name it sume aku rasa..so aku redha dgn kehilangannya.

Bagi aku pengorbanan dari segi kederat dan masa ltersangat penting dari menyumbangkan duit...so money isn’t everything bro..Sapa2 yg still ada Abah lg harap jaga dia dgn penuh ikhlas dan kasih sayang.

Smoga damai Abah di sana..dan ditptkan sebaris dgn org yg beriman.
Amin.



In Loving Memory of Haji Ali b. Moh 10/03/1930 ~ 13/08/2010
Al~Fatihah

August 12, 2010

Bukak Posa kat Hotel mana bro??

Paper front page utusan smlm cite psl hotel yg dpt sijil halal..Pernah lah jugak gua bukak posa kat JW Marriot, kalo tak silap 3 thn dlu, hrga bole tahan RM76++ msa tu tgh couple2 lg dgn wife ecehh!, Lauk dia mcm2 jenis., name it..dari lauk kampung sampai la ke western..mmg sempol sume tertarik ko mmg the bomb la..tgk tu nak mkn ni..mkn tu..nak ambik ni..mcm org gila la jadinya..sume nak rasa..maklum la mkn hotella katakan..kui kui

Tapi seingat masa tahun yg gua pg tu xde la pulak news listed hotel mana halal yg mana tak..kenapa baru tahun ni pulak ada...?! Hmm pelik jugak..mcm la bru tahun ni start Bufet Ramadhan kat hotel2.

Anyway, gelagat org yg pg hotel utk Bufet Ramadhan ni sbnrnya mcm pg kedai mkn kat gerai2 tepi jln je, samo joo..ingat bersopan la sgt..haremm Masing2 berrebut2 ambik lauk ni..kalo satu meja tu diahh penuh la mcm 8 org mkn..Gua pun silap timing, pg pun lewat dlm kul 6 smpai sbb x expect la cmgini gayanya..lauk pun adala tgl sket nasib ada gak, kalo tak sia2 je byr mhl2..pas tu siap tggu dorg bawak yg baru..n kena queue lg, mcm dewan mmkn jati..



Amcm koay teow seafood ladna buka ni?? menarik tak?

So, kpada sesapa yg nak pg bufet...Ingat k
Datang awal, lambat kalu sendri mau ingat.. kat bwh ni ada list hotel yg bole pg..
..ermm kalo nak jimat pg je bazar ramadhan..pun mcm2 ada juga hehe.
Slmt berbuka..

Hotel 5 Bintang :
Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Hotel Evergreen Laurel , Penang
Hotel Grand Dorsett, Labuan
Hotel Pan Pacific KLIA
Hotel Legend , KL
Hotel Grand Bluewave , Shah Alam
Tradewinds Hotels & Resorts, JB
Hotel Istana, KL

Hotel 4 Bintang :
Hotel Ancasa KL
Hotel Cititel Penang
Hotel Crystal Crown, KL
Hotel Grand Seasons, KL
Hotel Armada, Petaling Jaya
Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, Kedah
Hotel Ming Court, KL
Hotel the Summit, USJ Subang
PNB Darby Park, Executives Suite, KL

Hotel 3 Bintang :
Hotel Brisdale International, KL
Hotel Dynasty, KL
Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
Hotel Seri Malaysia, Marang
Hotel KL, Jalan Raja Muda
Hotel Nilai, N.Sembilan
Hotel PG, KL
Hotel Puteri Park, KL
Hotel Quality, KL
Hotel Residence , Kajang
Hotel The Paramount, Sibu
Hotel Plaza, KL

Dua Bintang :
Hotel Seri Malaysia, Kuantan
Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Lain2 Hotel yg tak listed tu..phm2 la k..

August 11, 2010

Ramadhan Begins



Ramadhan kembali lagi. Menandakan ketibaan bulan puasa. Bulan kita menahan lapar dahaga di siang hari. Bagi orang yang beriman, bulan puasa sgt dinanti-nantikan seperti Nabi, para sahabat dan para solihin. Sementara golongan sebaliknya, merasakan ia suatu penyiksaan kerana terpaksa meninggalkan makan minum dan rutin seharian.

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tahun nie. Bulan yang penuh barakah. Setiap amalan dilakukan, pahalanya akan didoublekan. Inilah nikmat yang paling besar dalam kehidupan Muslim apabila tibanya Ramadhan. Maka buatlah yang terbaik untuk Allah SWT.

Ramadhan adalah bulan tarbiyyah. Ramadhan tempat kita membersihkan diri dalam satu bulan setelah menjalani hakikat sebelas bulan yang berlalu. Cuba kita tanya, apakah yang telah kita lakukan kepada sebelas bulan itu? Baikkah yang dibuat atau sebaliknya? Tidakkah kesempatan satu bulan ini digunakan sepenuhnya untuk membersihkan sebelas bulan yang telah berlalu?

Ramadhan mengajar kita erti menjaga kesihatan yang sebenar. Setelah sebelas bulan kerjanya asyik melantak sahaja. Maka tibalah satu bulan untuk merehatkan perut..kasi cool down sket perut tu. Salah satu aktiviti berpuasa mencegah diri daripada mengambil makanan selama hampir 14 jam yang membolehkan organ penghadaman seperti perut, usus, pankreas, kelenjar hempedu dan hati berehat dari aktiviti pencernaan makanan. Tambahan pula, organ hati dalam keadaan tiada bahan yang perlu dihadamkan akan berubah kepada lebih aktiviti pembersihan seperti menukarkan simpanan lelemak di dalam badan kepada bentuk penjanaan tenaga yang diperlukan oleh badan. Pendek kata, puasa membantu kita menjadi lebih sihat.

So..Jangan stress, jangan marah dan sebagainya yang boleh mengganggu ketenangan otak dan organ badan. Banyakkan bersabar brader..serta berzikir kepada Allah. Ketika perut kosong, jika otak stress dan tidak relaks, kesihatan kita akan terganggu..itu yg buat kita terskip posa tu..hehe



Salam Ramadhan utk sume kengkawan..Rajin2 buat Tarawikh bro k.
Assalamualaikum