
Ramadhan kembali lagi. Menandakan ketibaan bulan puasa. Bulan kita menahan lapar dahaga di siang hari. Bagi orang yang beriman, bulan puasa sgt dinanti-nantikan seperti Nabi, para sahabat dan para solihin. Sementara golongan sebaliknya, merasakan ia suatu penyiksaan kerana terpaksa meninggalkan makan minum dan rutin seharian.
Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tahun nie. Bulan yang penuh barakah. Setiap amalan dilakukan, pahalanya akan didoublekan. Inilah nikmat yang paling besar dalam kehidupan Muslim apabila tibanya Ramadhan. Maka buatlah yang terbaik untuk Allah SWT.
Ramadhan adalah bulan tarbiyyah. Ramadhan tempat kita membersihkan diri dalam satu bulan setelah menjalani hakikat sebelas bulan yang berlalu. Cuba kita tanya, apakah yang telah kita lakukan kepada sebelas bulan itu? Baikkah yang dibuat atau sebaliknya? Tidakkah kesempatan satu bulan ini digunakan sepenuhnya untuk membersihkan sebelas bulan yang telah berlalu?
Ramadhan mengajar kita erti menjaga kesihatan yang sebenar. Setelah sebelas bulan kerjanya asyik melantak sahaja. Maka tibalah satu bulan untuk merehatkan perut..kasi cool down sket perut tu. Salah satu aktiviti berpuasa mencegah diri daripada mengambil makanan selama hampir 14 jam yang membolehkan organ penghadaman seperti perut, usus, pankreas, kelenjar hempedu dan hati berehat dari aktiviti pencernaan makanan. Tambahan pula, organ hati dalam keadaan tiada bahan yang perlu dihadamkan akan berubah kepada lebih aktiviti pembersihan seperti menukarkan simpanan lelemak di dalam badan kepada bentuk penjanaan tenaga yang diperlukan oleh badan. Pendek kata, puasa membantu kita menjadi lebih sihat.
So..Jangan stress, jangan marah dan sebagainya yang boleh mengganggu ketenangan otak dan organ badan. Banyakkan bersabar brader..serta berzikir kepada Allah. Ketika perut kosong, jika otak stress dan tidak relaks, kesihatan kita akan terganggu..itu yg buat kita terskip posa tu..hehe

Salam Ramadhan utk sume kengkawan..Rajin2 buat Tarawikh bro k.
Assalamualaikum
1 comment:
Semoga Ramadhan ini memberi sinar buat Kami sekeluarga & anda jua.
*posa - good to level down my blood pressure bro!
Post a Comment